Sunday, June 27, 2010
FIFA... MAVI MARMARA... RACHEL CORIE
DON : ap ce ce? blajaw bhs Melayu xhbs
MAD : Hehe... gurau je.... ko ni... Eh, ko sokong mana? Aku gerenti England punya....
DON : Hehe.. Aku sokong Mavi Marmara n Rachel Corie....
MAD : Eh... ad group br ke? xponah eden dengaw pun...
DON : 2 la ko.... group hebat ni pun ko tak tau... ap ce.. hehe
MAD : bia betul... hebat sungguh ke... aik... kalau hebat xde dalam FIFA pun... xtersenarai pun
DON : ada... ko je yang tak tahu... group ni memang hebat dalam perlawanan ni...
MAD : ko jgn nak mainkan aku
DON : Ye la... group yang hebat dalam misi bantuan ke GAZA... Perlawanan sengit
MAD : Erk.... (Malunya)
DON : tu la ko.... bola... bola sampai tak ingat dunia... tak tau ap jd kat dunia
MAD : Ok la bro... aku tau.. pasni aku sokong group ko... tapi bia aku hbs dgn ni dulu... FIFA
DON : ? Ingtkan nak sedar cepat... lambat naw dpt hidayah... pape je la bro... asal amik tau
PENGAJARAN :
Dalam kehangatan piala dunia ni... jgn tak amik tau langsung hal-hal yang berlaku di sekeliling kita... Rakyat Palestin memerlukan kita... Timbulkanlah sedikit kesedaran tentang ini... Tambah2 lagi dalam kapal Mavi Marmara dan Rachel Corie ad rakyat Malaysia... AP CE KALAU RAKYAT MALAYSIA SENDIRI TAK AMIK TAU... fikir2kanla... Ap langkahnya... bykkan membaca... dan ambil tahu tentang isu ini... tak kira la kita ni agama ap pun... sume ada tanggungjawab masing2... renungkan bersama
penulis : Aku Benci Zionis
Wednesday, May 26, 2010
Demi Sebuah Bahagia

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?
Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.
Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.
Namanya “Ingat 2 Lupa 2″
INGAT 1
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.
Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.
Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?
Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?
LUPA 1
Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.
“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.
“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)
Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.
INGAT 2
Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.
Kenangkan ia, ingatkan selalu.
Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.
Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.
Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
LUPA 2
Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.
Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.
MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.
Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.
Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.
Dipetik daripada : ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Saturday, May 15, 2010
KONVOI FOR GAZA!!
Konvoi tiba diperkarangan Stadium Malawati pada jam 8.30 p.m.
Upacara dimulakan dengan bacaan doa,ucapan serta persembahan nasyid. Konvoi ini bertujuan mengutip dana untuk dihulurkan kepada rakyat palestine. Berkat kesungguhan dan keprihatinan rakyat Malaysia pihak penganjur berjaya mengutip jumlah wang yang besar untuk dihantar ke sana..Alhamdulillah..
Semoga bantuan ini dapat dihantar ke sana..
p/s : terima kasih kepada semua yg terlibat :)
Friday, April 9, 2010
Muhasabah CINTAKU
Friday, April 2, 2010
MOHON DOA DARI SAHABAT-SAHABAT SEMUA... ALLAH MUDAHKAN URUSAN KEJE KAMI DI MAKTAB BERTUAH INI....
GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU KINI MENJADI-JADI... KERANA ROH MEREKA INI KOSONG... TIADA MAKANAN ROHANI...
PERANCANGAN UNTUK WUJUDKAN SATU SLOT KEROHANIAN PADA HARI JUMAAT... SEDANG DIJALANKAN....
KERANA APA? KERANA APA PERANCANGAN INI DIFIKIRKAN PERLU? KERANA WARGA IPGKIK SEHARUSNYA DIBERI SANTAPAN ROHANI..... DAN KELIHATAN KINI SEMAKIN TENAT...
Kerjasama pun penting... memang sangat penting kerana jika tiada kerjasama dalam gerak kerja Islam... maka tak akan ada tautan, rabithah hati... Jika tiada tautan hati agama kita akan mundur kerana lagi, hati-hati ini lebih mementingkan diri... mereka fikir, "argh buat apa la aku sibuk dan berletih untuk buat keje ni keje tu, untuk orang ni untuk orang tu... lebih baik aku fikir diri aku, lagi baik..."
Astaghfirullahh... Salah tu... Jangan fikir macam tu.... Memang, hakikat hidup manusia diciptakan Allah seperti tercatat dalam Al-Quran, hidup manusia tak akan tenang, sentiasa dalam keluh kesah. Yang dah kaya, duit sampai tak tau nak buat apa masih lagi mencari kesenangan diri.. contohnya lah.. tak tuju kepada sesiapa pun..
Apa kata kita mula set dalam minda yang apa pun kita buat tak perlu balasan... Ikhlas lillahitaala.. Insya Allah Allah akan beri ganjaran yang lebih baik dari itu..
Berbalik pada statement apa yang penting memang kerjasama tadi... untuk Islam. Emm,lepas kerjasama tadi apa? Solat lebih penting kerana apa, semua sedia maklum solat tiang agama. Sanggupkah kita meruntuhkan agama dengan tidak menunaikan solat.... Ada la orang kata kan aku solat la.... tapi akhir waktu, kira aku solat la.... aku bukan tak solat... Allah, sama la tu macam tak solat... ambil ringan je solat tu...
Ok2... macam mana pulak bagi mereka yang tak tau solat ataupun yang kurang arif tentang solat. Jawapannya kena la bertanya, belajar... Dari mana boleh dapat semua tentang solat? Antaranya usrah...USRAH... ya betul... usrah sangat penting.. apa pun, siapa pun semuanya bermula dari usrah. Cuba kita renung kembali peristiwa dakwah nabi iaitu penyebaran Islam di bumi Makkah, semuanya bermula dari usrah secara sir... rahsia.. binding hati by usrah sangat penting.... dakwah nabi tersebar ke merata tempat... kerana apa? kerana ikhlasnya seorang nabi membawa umatnya ke jalan benar, melalui usrah seterusnya 'kerjasama' dalam suatu entiti yang dinamakan jemaah akhirnya Islam tersebar.... Subhanallah.... Kenapa kita tidak seperti itu?
Jawapannya ada dalam diri masing-masing. Setiap insan telah dikurniakan Allah HIDAYAH, cuma bagaimana kita hendak mencapainya,,,, so, mula lah dari sekarang untuk jadi lebih baik dari masa lalu, dan pastikan masa hadapan lebih baik dari hari ini... TARBIYYATUNNAFSI!!!! ALLAHUAKBAR!
Friday, March 19, 2010
Dh Grad dh..tahniah..

Salam, tahniah..akhirnya perjalanan 5 tahun lebih untuk 'mengaut' segelung ijazah sarjana muda pendidikan kini terbalas..syukur alhamdullillah..
Selamat bergelar cikgu yg baik jd contoh pada masyarakat..memartabatkan profession perguruan ditahap yg terbaik..kami mendoakan kejayaan abang2 n akak2 semua berjaya didunia dan akhirat..
pesanan : adik-adik comey di IPG Ilmu Khas
p/S: nk kahwin panggil tau..ramai jer nk g.. :)(untuk yg belum khwin je)


