Pages

Islamic Widget

Wednesday, March 17, 2010

RINDU nyer lama dah xupdate..

nie la masalah utama ada blog nie..susah btul nk update..kerna beberapa kekangan masa dan waktu serta intenet di institut yang barangkali menceburuiku..namum dengan kesempatan waktu yang ada nie InsyaAllah segala maklumat dan post terbaru akan dikongsi bersama...mohon maaf pada sahabat-sahabat..

Tuesday, March 16, 2010

PENGORBANAN SEORANG IBU..


"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Dipetik dari:
www.iluvislam.com
serikandi malam
editor: azzahra_solehah

Saturday, March 13, 2010

Sukan Olahraga Tahunan melabuhkan tirai..


Alhamdulillah...selamat sudah..syukur..akhirnya tugasan terakhir sebelum cuti sudah diselesaikan..huhu..dapatlah rest sket dari 'benda' nie..letih,penat,suka,duka,kelam kelibut,lintang pukang,serabut kepala otat segala-galanya menghantui fikiran sepanjang tempoh tersebut..apa pn terima kasih atas segalanya..segala perkara yg timbul dapat diatasi dan dibalas dengan perjalanan yg lancar pada hari yg dinantikan..
Segala yang dirancang berlangsung dengan baik walaupun masih ada beberapa tindakan luar jangkaan yang kami terima pada penghujungnya. Namun boleh dikatakan semua perjalanan majlis berjalan dengan baik.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
Ucapakn jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami, Encik Abdul Mutallip dan Encik Norizan dan sahabat-sahabat atas tunjuk ajar yang diberikan. Saya berasa terharu dan bersemangat dengan contoh yang ditunjukkan oleh mereka. Dan dari sinilah saya belajar sesuatu benda baru yang mungkin manusia lain tidak dapat melaluinya. Pengalaman manis dan pahit sepanjang mengelolakan kejohanan ini amat bermakna dalam hidup saya. Semoga usaha kita ini dirahmati dan diberkati oleh Allah. Terima kasih semua.

p/s: islam tak menhalang bersukan, tp harus ikut syariat yg ditetapkan :)

Monday, January 18, 2010

Aktiviti Mingguan Surau Ta'adib

ISNIN-Kuliah Ustaz Jainuddin (akidah&fekah)
SELASA-Usrah
RABU-Kuliah Ustaz/ustazah jemputan,Forum Bicara Pendidik
KHAMIS-Tazkirah & Bacaan Yasin
JUMAAT-Perkongsian Ilmu / Tayangan
SABTU- Marhaban/Kelas Al-Quran
AHAD-Tazkirah

* mengikut kesesuaian.

Sesekali Diuji..

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Islamic Greeting Card